Thursday 27 November 2014

"Hawwa' Diaries"

 "Persahabatan yang ikhlas tanpa mengandung apa niat di sebaliknya.. saling menghormati, menjaga aib dan saling menjaga lidah. Yang benar tetap benar, yang salah boleh diperbaiki. Buang yang keruh, ambil yang jernih." 

Sahabat perlukan "teguran" bukan 'sindiran'. kalau dah tegur dia, dia tak terima. Doakan saja dia supaya dia tidak terjebak dengan perkara yang tidak baik. Selagi kita berniat ikhlas, tak perlu takut2 untuk memberi 'teguran'. Mana yang lebih baik "sindiran jadi macam tu" @ "ikhlas belum tentu lagi dia terima." Mungkin dia akan terfikir juga 'kebaikan' dari teguran sahabat2 samada lambat atau cepat. 

kata-kata daripada seorang insan yang cukup ku kenali dan ku hormati dengan gelarannya sebagai seorang 'pendidik', cikgu Zainab.

dari pegang beg tu (Wawa, Aku, Shiera, Eyra, Jura, Eyma, 
Ain dan "Ejan, gambar dia kat bawah ni ye") Hihihihi :)


27 November 2014, KHAMIS: - Hawwa sudah pun merancang untuk keluar bersama-sama setelah menghabiskan masa kami dengan 'telaah buku'. but, Alhamdulillah. SPM kami dah habisss. Happy sangat2. Makan kfc, pergi tasha maju minum 'ice blend dan milkshake', singgah jap kat 1superstore, kedai reload eyma dan pergi masjid pekan. Dah tak muat dah dalam 1 page ni nak kongsi pasal 'ukuran pekan' kota belud tu. Hehehe. Maklumlah, ini sahaja waktu kami untuk bersama2 sebab Ain pulang kl dah. Aku pula terpilih plkn. Yang lain tu, dengan kerja mereka masing2. Hehehe. Rasa syiokk sangat dengan persahabatan yang baru nak dibina ni. Tapi saya sedar, setiap persahabatan tu pasti ada duka dan lara. Tonton jak cerita hindustan 'hum saath saath hain'. Keluarga yang sentiasa gembira tapi di pertengahannya sudah ada 'konflik' yang tidak diduga. Betul, bukan? 

Menahan segala curahan air yang membasahi pipi dan rasa sebak di dada bukan apa yang kita minta. Tapi itulah erti hidup dalam persahabatan. "17 tahun" tempoh perjalanan kami masih panjang. Masih perlu belajar erti kehidupan yang sebenarnya.

Insha'Allah... dengan izin-Nya,
kami akan sampai ke destinasi akhir yang kami gelar;
"SAHABAT KE JANNAH" :)

Saya berharap agar 'persahabatan' ini dapat dikekalkan sehingga hujung nyawa kita. Ingatlah waktu kita susah, senang seperti dalam 'catatan sekolah' kita. Setiap hari, ada sahaja gelak-tawa, gelagat lucu, gossip, order makanan dan tunggu di kaunter kantin, beli sup, tidur, bincang time exam, selfie, jadi maharaja lawak, di sekolah SMK Pekan Kota Belud II, Sabah.

Pimpinlah sahabatmu supaya menjadi 'sahabat yang sebenarnya'.
Saya Sayang Kamu, Semua. :')

Salam Rindu,
WafaNatasha

No comments:

Post a Comment